Sunday 4 November 2012

Profail Syarikat


Asis Frozen Food


Asis Food Industri merpakan salah sebuah syarikat yang memasarkan kuih-muih tradisional. Pada mulanya syarikat dikenali sebagai
Asis Food Supply yang hanya menjadi pembekal kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kawasan selatan dan juga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) cawangan Pagoh dan Benut. Namun permintaan produk yang tinggi daripada pengguna menyebabkan syarikat ini berkembang dari masa ke semasa.

Visi
Menawarkan produk yang terbaik dengan sentiasa mementingkan kualiti setiap penghasilan produk sebelum dipasarkan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk berhampiran

Misi
Memastikan setiap permintaan produk dapat dipenuhi dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan serta pengeluaran produk makanan yang bermutu tinggi.

Objektif
Menubuhkan perniagaan makanan tradisional melayu lebih menfokuskan pada makanan sejuk beku yang menghasilkan pulangan yang lebih menguntungkan.


 Pengenalan Produk

Asis Food Industri ialah salah sebuah syarikat yang menawarkan produk makanan sejuk beku. Kuih – muih tradisional melayu merupakan produk utama yang dihasilkan oleh syarikat ini.

Terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang terdapat di Asis Food Industri.
Antaranya ialah :

JENIS KUIH
INTI
KARIPAP
DAGING

KENTANG

SARDIN
DONAT
-
KASTURI
-
SAMBOSA
DAGING

KENTANG
GETUK UBI
-
POPIA
OTAK-OTAK IKAN


Kekuatan Asis Frozen Food

§  Makanan tradisional melayu diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia.
§  Merupakan makanan yang mudah disediakan dan menjimatkan masa.
§  Memiliki serat makanan yang seimbang berbanding dengan makanan ringan yang semakin luas di pasaran.
§  Memberikan sumber tenaga kepada pengguna.
§  Tahan lama kerana produk merupakan makanan yang disejukbekukan.
§  Mempunyai pasaran yang sedia ada iaitu :

o   Jabatan Penjara
o   Program Larihan Khidmat Negara (PLKN)
o   Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Cawangan Pagoh dan Benut
o   The Puteri Pan Pacific Johor
o   Hotel Hyatt Agensi
o   Supermarket Kipmart Masai
o   Mini-mini market yang lain


No comments:

Post a Comment